Tuesday, January 7, 2014

{ Take a chillpill }

Aku memang tengah pening kepala sekarang ni. Pening tahap dewa dewi. Macam-macam jadi dalam hidup aku sekarang, and aku tak tahu nak buat apa. I mean, I knw I can do something abt it, but I don’t know how.  Hah..ayat ni lagi bagus. A few days back, aku dok terima news yang tak berapa sedap didengar oleh telinga aku ni. Aku selalu anggap benda ni semua dugaan dalam hidup aku. Dugaan yang tak sudah and aku selalu tanamkan dalam diri, benda ni antara benda yang Allah buat untuk aku supaya aku beringat ada kuasa yang lagi besar dari aku and sesiapa je dalam dunia ni. Maksudnya aku kena selalu ingatkan diri, yang aku ni hanya manusia biasa. Aku tak bole cakap takbur yang aku akan sentiasa berada di atas sepanjang hidup aku. Aku tahu tu…

Berita pertama is aku dapat tahu boss *&*@!%$^ aku tu, tak nak and refuse sambung contract aku. Aku terima berita tu dengan hati yang seolah dicincang lumat. So, aku buat apa lepas tahu? Kau ingat aku robocop? Gila tipu aku tak nangis langsung. Aku terus amik mc esoknya and nangi satu hari satu malam, macam orang mati laki. Kau mampu? Kalau mati laki lagi terok agaknya. Then bila aku masuk keje, kawan aku tanya aku sebab dia nampak muka tahi aku tu, "daya, aku nak tanya kau, apa berita yang paling paling paling buruk yang kau dapat?"

 

Aku jawab konfiden, "berita ni la kot…" Kawan aku tu pandang aku and cakap "kau silap, berita paling buruk yang kau pernah terima is pasal abang and ayah kau…" Air mata aku dah bergenang, berjurai…aku terus istighfar banyak-banyak. Baru benda sikit ni jadi, aku dah goyah gini. Apa la nak jadi dengan kau ni.

 

So, lepas dah dapat a mini slap from her, aku nampak benda differently. Memang la aku baaaayak dengar benda buruk dalam hidup aku, tapi tak dapat dibandingkan dengan apa yang aku dapat masa ayah dan abang pergi. So, aku kena kuat dan usaha lebih. Benda takkan datang bergolek kalau aku tak usaha. Benda yang baik selalunya akan jadi, memanglah lambat, but akan jadi.

 

Berita kedua, aku terima pasal mak aku. Maybe dia suspect ada sakit jantung. Mulanya dia mengadu pada aku yang dia short of breath bila tidur. Then dia cakap, kaki dia bengkak. Aku tengok memang bengkak. But dia cakap, tak sakit langsung! Kalau nak kata gout, memang taklah, sebab dia boleh jalan macam biasa. Tapi, cam ada lebam kan pergelangan kaki dia, maybe sebab bengkak tu. Hari Ahahd, aku balik dari kerja, aku tengok kaki dia dah bengkak lagi. Lebih dari sebelum tu.  So, esoknya aku amik emergency leave and aku pergi doktor. Doktor terus cakap maybe ada masalah jantung and lungs. Aku rasa ada batu 2 tan hempok kepala aku time tu. Tolonglah jangan… Jantung jangan buat main. Bahaya woi! Doktor bagi ubat, suruh aku monitor, kalau bengkak susut, means nothing, kalau x, kena tahan wad. Mak aku cakap nak cuba dulu. Aku pun setuju. Sekarang dah hari ketiga and aku tengok bengkak kaki mak aku tu, dah susut sikit. Taklah sebengkak masa aku bawak dia pegi jumpa doktor. Syukur…tapi jangan nak over konfiden, aku kene tunggu sampai jumaat ni. Kita tunggu dan lihat.

 

Itulah dia, I have to take a chill pill and just relax. Sometimes aku harap semua ni mimpi. Like an alternate universe. Universe yang semua orang takkan dengar berita buruk, hanya berita baik. Baikkkkkk sentiasa. Yes, aku masih lagi ada iman. Walau aku bukan ustazah muslimah, aku tahu kalau cakap gini seolah cam aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Aku nak highlightkan kat sini, aku cakap je. Sekarang fokus aku hanya satu, famili dan kerja! And tang kerja tu, aku harap dapat yang lebih baik dari sekarang! How I wish…..

No comments:

Post a Comment