Wednesday, January 1, 2014

{ Memories of ayah and mak: Parenting }

Aku nak kongsi something yang dah lama berlegar dalam kepala aku. Apa dia? Kau xkisah nak tahu? Takpe. Aku nak cakap gak, dah terlanjur kau ada kat blog aku, sila baca entri ni. So, sebelum apa-apa aku nak cakap yg aku ni belom kahwin lagi maybe aku tak paham agaknya apa erti sebenar ada anak. Jadi, tujuan aku tulis entri ni is because aku tulis berdasarkan mata kasar aku.
Nowadays, parenting style memang lain kan? Jika nak dibandingkan dengan parenting zaman mak ayah aku. Anyway, aku ni baby tahun 1980an. So, aku just nak buat perbandingan antara pengalaman tegar parenting style mak ayah aku dengan parenting style muda mudi masa kini.

Dolu-dolu
Kalau di kedai makan, mak ayah aku memang strict. In terms of cara kami adik beradik makan, cara duduk, jangan nak buat kacau sbb kedai makan kan? So, katakanlah aku tgh makan tu aku tumpahkan air sebab tak tahu nk duduk diam, ayah aku akan pandang aku dengan pandangan werewolf dia and mak akan lap blaus aku and bisik " kan mak dah cakap, tak nak duduk diam-diam,kan air dah tumpah...dah..duduk" and bila aku nak duduk diam-diam seperti yg disuruh, ayah aku takkan cakap sepatah pun, dia akn terus lurus tunjuk kat luar. Means aku kena diri kat luar kedai sebagai denda keras for a few minutes. Zaman tu penculik keji semua takde. Pedofilia pun xde. So, dats y ayah tak kisah. Abang-abang aku yang perangai tukang sakat bertauliah akan tunjuk ibu jari tanda "GOOD!" means PADAN MUKA KAU KENA MARAH DENGAN AYAH!! Secara otomatik dua ekor tu berlagak seperti mereka berhemah sangat sbb aku dah kena! Benci!! Bila aku walk the walk of shame nak keluar diri depan kedai makan tu, air mata dah berjurai, ayah tak pandang pun sbb tak smpai hati agaknya. Baru jeeee kejap aku diri, ayah datang kat luar and cuit pipi aku and ajak masuk. Tapi, i've learn my lesson ok! Jangan perangai siamang bila kat kedai makan.

Sekarang
Aku pegi makan sushi king recently with mum and brother. Kami akan duduk, Of course dekat ngan tempat sushi tu bergerak, senangla aku nak capai segala yang perlu tu untuk masuk dalam tekak aku ni. Belakang aku, ada duduk one family ni, ada anak dalam umur 5/6 tahun kot. Anak dia diri atas kerusi and tahan sushi tu dari bergerak. Dahlah sushi tu semua berkumpul and orang yang buat sushi tu buat sign NO. Kau tahu mak ayah dia buat apa?? Mak dia just cakap " dont" and ayah dia buat derk and dok mencekik like nothing happen. Anak dia ulang lagi perangai siamang dia tu, ayah and mak dia buat xtau. Sampailah waiter datang pada parents melampau ni and cakap apa ntah, barulah dia amik anak tu and tukar tempat ngan dia. Means anak tu dah sebelah luar kerusi and ayah sebelah dalam. Dekat ngan sushi. Kau ingat act anak dia dah abis kan?? Ko silap!! Anak dia tumpahkan pulak green tea satu jug. Mak ayah dia buat apa!?? Mak dia just sebut nama anak dia and ayah dia terus makan like nothing happen. Aku rasa bapak dia jenis yg immune dgn perangai spawn macam ni. Hadoiiii!! Sakit jiwa aku tengok.

Dolu-dolu
Aku masa kecik dulu bila pegi mall akan gedik mata liar cari apa yang berkenan di hati. Selalunya toys la jadik idaman kalbu. Bila mak ayak aku terrrrbawak aku pegi bahagian toys, aku akan target apa yang aku nak and bila xdapat, aku akan buat drama tamil guling-guling atas simen. Kau rasa apa ayah aku buat?? Ayah aku akan angkat and dirikan aku, dia akan calm me down first dengan memanggil nama penuh aku "nor hidayah..." dia akan dok ulang nama tu. Bula terkenang balik, agak scaryla gak. But, masa tu aku kecik lagi, kau ingat aku kisah ke? Memang takla wei. Aku tambah berguling lagi ada. Mak aku, seperti biasa, dia akan play a good police akan cuba pujuk aku. Bila tak jalan gak, tugas diserahkan pada bapak aku plak. He always gonna be a bad cop ok! Sepantas kilat, time aku tgh merabak melalak, aku dapat rasa bibir aku dah pedih. Sebab? Dah kena penampar laaaaaaa! Diammm terus! So, lesson dia apa? Bila mak ayah kata no, its gonna be no!!!! Tokseh nak lorat sakitkan badan guling cite hindustan!! No means no!!!

Sekarang

Hari tu aku lepak kat tepi pantai umah aku ni, tgh dok makan roti aiskrim, aku terkejut dengar budak kecik ni menangis bloody murder sebab dia nakkan pelampung ultraman yang ada jual kat gerai tu. Aku khusyuk menengokkan ayah n mak dia handle anak dia. To be honest, budak tu has the power to control the parents. Budak tu buat aksi golek dia, ayah dia angkat, dia beratkan badan dia and ayah dia terpaksa lepaskan dia kat atas jalan tu. Mak dia pun participate gak dalam drama golek anak dia ni. Instead of ajar anak tu, dia puaskan hati anak tu. And, yes budak tu diam and bila mak dia belikan pelampung yg dia nak, dia nak benda lain plak which is quite pricey and cam membazir kalau beli. Kau nampak x? Bila parents tu turutkan anak lagi mua!!

Apa-apa pun, parents muda luar sana jangan tersinggung bila baca entri aku ni. Aku tak kata parenting mak ayah aku yang terbaik, tapi, kalau ikutkan mak ayah buat apa yang diorang buat tu simply because wanna teach me a lesson. Ayah aku akan sentiasa akan jadi a bad cop, and mak aku akan sentiasa jadi a good cop soft spoken angel.
Tapi, kau tau x, walau kasar and brutal ajaran ayah aku, eventually aku paham kenapa ayah aku bertindak gitu. Macam kat kedai makan, dia denda aku, sbb aku tak tahu duduk diam, air dah tumpah gelas dah jatuh pecah. Dia kena bayar harga gelas and itu dia xkisah, tapi dia kisah kalau aku terluka terkena kaca!
And kat mall, dia tampar mulut aku sebab aku menangis macam mati laki, mak aku dah tenangkan aku, still xjalan, itu je caranya. Next time, dtg lagi mall bila kata nak toys, tanya bebaik and kalau xdapat mmg akan sedih tapi lepas tu akan faham, mungkin mak ayah no money masa tu. Kena save budget!
So, kau nampak x, tak semestinya kau nak ajar anak kena pukul, aku xkata gitu, cuma kau jgnlah biarrrrkan anak kau style omputih tu. Sebabnya org asia lagi bagus dari omputih tu dalam menjaga anak. Itu aku pasti! Anf lst word, ajaran omputih mmg nampak cool, resultnya anak pun terlebih 'cool' nanti, kau jgn menangis plak nanti. Okay. Tu je aku.nak share!
Bye!!





No comments:

Post a Comment