Thursday, January 2, 2014

{ Oh kerja! Mana kau! Come to mama }

Sejak kejadian sialan yang jadi kat opis kesayangan aku ritu, aku gigih mencari kerja kosong kesana kemari. Aku bukan nak panik sangat pasal benda ni, tapi aku takleh nak hilangkan rasa takut teramat bila mengenangkan bil-bil yang bakal menjelma hujung bulan 2 nanti. Aku last day 27.1 and aku dok gigih mencari kerja non stop sehari selepas aku dapat tahu.

Aku gunakan jobstreet, jenjob,maukerja,google,mudah, semua sumber yang ada. Even jobrapido pun aku belasah gak! Aku pikir aku nak buat dua jalan, satu online and satu drop hardcopy resume merata macam org derma sperm tu. Hewhew. Tetiba kan? Pervert sial aku. Dayah! Fokus!

Aku hargai semua kawan-kawan aku yang dok cakap ada kosong sana sini. Aku mintak je. Pengalaman aku dalam pekerjaan ni so far dalam bidang cust service, admin and accnt. Aku ada pengalaman semua tu. Tapi, nak kata meluas, taklah sangat. Cuma cust service tu je la,sbb tulah kerja yang so call serius aku.

Aku nak cakap pasal pegi interview plak, aku kalau nak mintak kerja resume aku lorat nak mampos. Selain resume, aku siap buat cover letter and recommendation letter dari previous supervisor aku. Ok..korang jangan cakap aku macam bagus plak. Aku seolah cam nak jual diri aku dalam satu envelope tu. And kau jangan cakaplah aku fotostat aku punya sijil. Walau sijil menang main scrabble pun aku bagi...ini namanya kerja org desperado.

Bila pergi interview, memandangkan aku ni gedebob, aku lebih prefer pakai baju kurung but masa nak mintak kerja streamyx, aku pakai smart casual. Alhamdullilah, dapat kerja. Tapi, aku ni ada satu kelemahan, aku selalu akan pikir yang kalau bakal majikan aku tu nampak aku yg gemok ni, despite aku layak ngan kerja tu, diorang akan reject aku serta merta. Yes! Pathetic kan aku? But, aku mmg selalu rasa gitu.  Sebab kekadang, diorang akan memilih gak nak nak hire org camne. So, aku tau mmg wujud org gini. Diskriminasi terhadap kami si gemok ni.

Aku bangga sebenarnya ada orang-orang yg ada sekeliling aku. Mak,abang, kawan-kawan aku yg tak habis-habis sokong aku. Walau ada yang dok cakap psl aku kat belakang aku, ye, aku tahu, tapi aku malas nak amik port sangat sebab aku nak Fokus mencari kerja ni. Moga rezeki aku ada abd cepatla rezeki tu muncul hendaknya.

No comments:

Post a Comment