Thursday, December 19, 2013

::EVOLUSION AND ME::

Nowadays, memang semua orang kena ada smrtphone. Kalau xde, kau mmg tinggal zaman paleolitik lukis gambar dalam gua. Ini exception untuk certain para ibu dan bapa. Aku tengok kiri kanan aku, kawan-kawan semua addicted nak tukar phone now and then sebab xnk dikatakan ketinggalan zaman. Or ayat from wiser friends, sebab nak ram yang bagus utk phone so, kalau nak surf internet laju without any lagging. Aku ada beberapa benda aku nak share about evolusi zamab sekarang.

1) social accnt
So, zaman dulu aku memang ada myspace and friendster. Kalau myspace, kau akan lorat nak upload music hip n edgy si konon nak tunjukkan kau cool. Lagu apa yang aku upload? Haha. Aku minah hindustan, and I am proud to be one. Haruslah lagu hindustan yang aku letak. Kau ingat aku kesah org nak kata aku "eew...suka hindustan" . Aku bangga lagi adalah. And friendster plak kau lorat nak tahu sape tgk profile kau earlier!! Ini antara feature yang aku tak sokong dalam social media nowadays! Helloooo, aku adalah seorang detektif conan dan stalker berwibawa, tak ke kantoi aku dok lalu lalang dalam profile ko! Seolah aku lalu depan rumah, aku nak ketuk pintu and kenalkan diri setiap kali lalu lalang. Kadang xde niat pun. Selalu tergoda dengan ayat kawan " eh,kau baca status si polan perli si ceklat? Sesuatuuu sangat wei!"  Jadi, salahkah aku untuk stalk kejap, nak tahu apa jadi?? Betullah org cakap, curiousity can kill u. Dalam kes aku,takkan kill, cuma akan dicop mak bedah je.
Now, dah ada facebook!! Feature lebih mudah dan tak memberatkan smartphone kau. Yang penting, setiap kali kau nak surf fb, ( utk pengguna maxis) ia adalah percuma!! And lepas tu wujud pulak twitter ketawa riang! Aku admit, masa mula kenal twitter, saje je nak follow artis sebab retis nak tau update artis yg aku minat. Lelebih artis bollywood yang aku minat. Kau nmpak tak perangai aku yg stalkery tu? Seramkan? Aku mmg gini!

2) Google and search engine
Dulu,masa lepak-lepak kedai kopi, kau akan borak tanpa arah tuju. Bila ada soalan pasal " apa itu lemonlaw?" " eh bila boleh isi borang BR1M?" "kat mana ada kerja kosong" dan banyak lagi soalan yang kau nak tahu jawapannya, kawan-kawan kau akan buat derk tak tahu apa yg kau cakap.
Sekarang, kau tanya je soalan apa-apa. Kawan- kawan kau akan cakap " tanyalah google" " eh jap aku googlekan" " helllllooo, pakcik google kan ada??" See! Betapa senangnya maklumat skarang utk kita semua. Kau searchlah apa pun,mesti google takkan kecewakan kau! Samalah kalau kau tak tahu jalan, google map kan ada....

3) App and Games
Dulu,masa pakai phone nokia or whatever phone, kau addicted main ular! Now, kau lorat main candy crush. Benda tak sesimple dulu, kau nak level, nak nyawa, nak ticket, semua kau kena link dengan fb and kawan2 kau mesti main gak, kalau x kau stuck kat level tu sampai kau koma! And skarang ada macam2 app utk memboostkan kehidupan harian kau. Kau tak tahu jalan, waze kan ada! Kau nak tahu wayang cite apa? Siap ngan timing and boleh book ticket sekali? Gsc app kan ada. Nak taxi? Taxi app pun ada. Kau nak tempat hip lepak makan sedap, hungry go where app kan ada!!! Semua ada ok! Tu sbb bila kau sesat jalan, kau berenti kereta tanya org, org akan buat muka pelik, sebab....APP KAN ADA, KATA PAKAI SMARTPHONE!!!!

4) Messaging
Dulu, bila nak bermesej, kau akan selagi bole cram-kan semua yg kau nak cakap dlm satu mesej. Tak bole lebih! Kang dah charge double!! Skarang, kau balas kawan kau cakap "hahahahaha" *SENT*  and kawan kau balas " huhu" and kau reply " huh?" * sent*  nmpak tak? Sebab semua free, bayar sekali utk data, dan kau bole bebel ngan kawan kau sampai lebam. Utk pasangan bercinta, this is gold man! Akhirnya....kau dapat berkomunikasi sesama sendiri like no tomorrow!! And ayat paling popular " b..." or "sayang..."  Kalau mesej dulu, kau bole ke nak cakap tu je?? * roll eyes*

5) Calling
Dulu,kau kol org guna line or credit kau. Skarang, kau ada line and vibe! Apa ada hal?? Tapi,yg xbestnya, kau kena pastikan line internet kau kukuh bak bangunan klcc. Kalau x, line tak clear.

Kesimpulannya, suka atau tidak, dunia keep on evolving to be a better place to live in. Terpulang pada kau nak berubah atau kekal di takuk lama. For me, aku tak berapa suka dengan semua benda yang evolved ni, terutamanya dengan phone. Sebab bila kau lepak ngan kawan- kawan kau, kau berborak kat bahagian komen fb bila kawan tag kau . "at blabla with blabla and 7 others."  Bahagian komen ada 23 komen. Hakikat, 8 orang yang lepak sama, semua menunduk pandang phone. Aku nak zaman dulu, where life is simpler. Hey,its just me and my stupid rambling guys. Pendapat aku xsemestinya betul.
Have a nice Friday sayangs!

No comments:

Post a Comment